Zaicorp Industries Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bertaraf bumiputera yang berdaftar sejak 2000. Aktiviti utama kami adalah dalam bidang pembuatan dan pembekalan pelbagai jenis beg secara borong. Dengan kelebihan mempunyai kilang sendiri di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II lengkap dengan mesin canggih dan tenaga kerja mahir, kami mampu menerima tempahan sehingga 5,000 unit beg sebulan dengan kualiti yang memuaskan.